Institusi








Statistik Peserta



JENIS-JENIS INSTITUSI
Membina & Memupuk Kelestarian Peserta
Mediator antara pengurusan dan komuniti Peserta. Organisasi ini membolehkan masyarakat bekerjasama dan komited terhadap objektif yang sama.
Sebuah persatuan sukarela yang berorientasikan perniagaan komersil, bekerja berdasarkan prinsip tolong menolong dan kebajikan anggota.
Institusi untuk memperkasakan wanita dalam integrasi ekonomi, kepemimpinan, membentuk, dan memberi sumbangan kepada masyarakat.
Platform untuk Generasi Kedua meningkatkan pengetahuan, kemahiran, minat dan kebolehan yang akan menambahbaik kecekapan dan harga diri mereka.
JKKP
Jawatankuasa Kemajuan Projek
Objektif Penubuhan
-
Ditubuhkan sebagai sebuah badan perantaraan antara pengurusan FELCRA Berhad dan peserta.
-
Memberi peluand dan ruang kepada peserta menyampaikan pandangan, cadangan, dan permasalahan untuk dibincangkan di dalam forum rasmi dan seterusnya membuat keputusan bersama Felcra Berhad.
-
Mewujudkan pemimpin dan warga peserta yang dedikasi, amanah, dan bertanggungjawab menerusi pelaksanaan program pembangunan modal insan anjuran Felcra Berhad.








KPR
Koperasi Peserta Rancangan
Objektif Penubuhan
-
Sebagai sebuah badan perniagaan yang mencari pendapatan lain kepada peserta selaku ahli koperasi.
-
Memberi peluang dan runag kepada peserta dan generasi kedua untuk menjadi ahli perniagaan yang lebih setanding dengan syarikat-syarikat lain yang lebih maju.
-
Memberi peluang pekerjaan kepada peserta dan generasi kedua.








WADIRA
Wanita Dinamis Felcra
Objektif Penubuhan
-
Mewujudkan masyarakat wanita berpengetahuan, maju, progresif, dan dinamis.
-
Mewujudkan pemimpin dari kalangan ahli WADIRA yang mempunyai jati diri, lengkap dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang berkualiti.
-
Membimbing dan mengalakkan WADIRA berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan aktiviti komersil yang menguntungkan








BELIA
Persatuan Belia Felcra
Objektif Penubuhan
-
Mengadakan aktiviti yang dapat membina peribadi, meningkatkan kesetianegaraan dan mewujudkan kesedaran terhadap perlunya menjauhi unsur dan nilai negatif dikalangan ahli belia.
-
Mewujudkan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan, kerohanian, dan lain-lain.
-
Memberi peluang kepada ahli-ahli dalam program pembangunan komuniti setempat dan program latihan kepimpinan, kemahiran, dan keusahawanan.








USAHAWAN
Bahagian Usahawan FELCRA
Objektif Penubuhan
Membantu komuniti usahawan FELCRA Berhad meningkatkan ekonomi keluarga dengan penerapan ilmu-ilmu perniagaan. Usahawan FELCRA terdiri daripada pelbagai bidang termasuk akuakultur, tanaman, pembuatan, ternakan, makanan, dan perkhidmatan.
Program-Program di bawah Keusahawanan
Perkhidmatan Usahawan
- Program Ekonomi Peserta (PEP)
- Naik taraf premis perniagaan
- Pensijilan (halal, MESTi, buatan Malaysia, dll.)
Pembangunan Usahawan
- Pembangunan produk
- Pelabelan, pembungkusan, dan papan tanda
- Karnival dan ekspo usahawan
- Data usahawan
Perkhidmatan Usahawan
- Pembangunan stesen minyak
- Pelancongandesa (Homestay & Inap Desa)