Profil

LATAR BELAKANG

Tentang FELCRA Wilayah Perak

Felcra Perak komited untuk menegakkan standard tinggi dalam industri pertanian. Tumpuan organisasi terhadap pembangunan mampan dan pemuliharaan alam sekitar terbukti melalui pelaksanaan amalan terbaik dalam penggunaan tanah dan pengurusan sumber, dengan kerjasama komuniti tempatan. 

0
Hektar Tanah Dibangunkan
0
Projek FELCRA Wilayah Perak Berjalan Lancar
0
Peserta Program Keusahawanan FELCRA Wilayah Perak
0
Peserta Projek Penyatuan & Pemulihan FELCRA Wilayah Perak
0 +
Tahun Penubuhan

Sejarah Penubuhan FELCRA

1966

Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah atau Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (FELCRA) ditubuhkan sebagai badan berkanun.

1997

Pada tahun 1997, FELCRA telah dikorporatkan, kini dikenali sebagai FELCRA Berhad, bertukar status daripada badan berkanun kepada sebuah entiti Syarikat Korporat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan), dan dibawah penyeliaan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah.

2022

Sehingga September 2022, FELCRA Berhad telah memajukan seluas 203,953.4 hektar ladang bagi pihak 107,130 orang Peserta merangkumi 1,049 Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P), serta 31,613.3 hektar estet milik syarikat FELCRA Berhad.

Objektif Penubuhan

01
Meningkatkan kualiti hidup kumpulan sasar iaitu Masyarakat Peserta dan juga Warga Kerja FELCRA Berhad.
02
Memperbaiki tahap produktiviti melalui kecekapan dan teknologi pengurusan yang terkini.
03
Mempertingkatkan ekonomi nilai tambah Syarikat.
04
Memberi nilai pulangan yang tinggi ke atas ladang-ladang yang dibangunkan.

Visi & Misi

Visi

Menjadi Organisasi Perusahaan Sosial Termantap (Social Enterprise Powerhouse) dalam sektor pertanian dan makanan.

Misi

Melindungi kepentingan Peserta dari aspek ekonomi dan sosial. Memacu teknologi agrikultur. Memperjuangkan agenda Jaminan Makanan Nasional.

Piagam Pelanggan

Menyediakan kemudahan asas kepada semua pusat pembangunan dengan cekap, tepat dan saksama dalam lingkungan perlaksanaan program pembangunan yang dirancangkan.

Sentiasa patuh dan taat kepada kehendak-kehendak Organisasi, Kementerian dan Negara di dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti ke arah Kemajuan Malaysia.

Memberi perkhidmatan yang cemerlang, cekap, dan berkesan bagi mencapai pulangan yang maksimum terhadap pelaburan yang di buat demi kesejahteraan kumpulan sasar sejajar dengan wawasan FELCRA.

Berusaha agar masyarakat FELCRA dibentuk menjadi dinamis, berdikari, berdaya saing, bersyukur, dan berwawasan serta membangunkan Modal Insan kami dengan adil dan saksama tanpa prasangka.

Semua transaksi kewangan akan diselesaikan dengan betul, tepat dan cepat dengan mengeluarkan bayaran dalam tempoh 3 hari setelah pengesahan diterima oleh unit bayaran dan bersedia menyelesaikan sebarang tuntutan yang dikemukakan oleh pihak pelanggan.

Perutusan Pengarah

Organisasi kami berdedikasi untuk pemeliharaan dan pemulihan tanah, yang bukan sahaja penting untuk kesejahteraan tetapi juga untuk masa depan komuniti. Kami komited untuk bekerjasama dengan komuniti, kerajaan dan pihak berkepentingan lain untuk memastikan pengurusan dan penggunaan tanah yang berkesan. Kami juga percaya bahawa pendidikan dan kesedaran adalah kunci untuk mencapai matlamat kami, itulah sebabnya kami komited untuk mempromosikan amalan pengurusan tanah yang mampan melalui inisiatif jangkauan awam.

Pengurusan FELCRA Wilayah Perak

Aaron Rogers

Managing Director

Bryan Macky

Sales & Marketing

Enzo Herrera

Freight & Logistics

Scroll to Top